Cari Blog Ini

Kamis, 26 April 2012

sebab sebab memerah susu ibu

Sebab-sebab perlu memerah susu ibu

*untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh
*bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral
*untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis
*puting payudara yang luka/melecet
*meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu
Cara memerah susu:
1 – Memerah dengan tangan
*memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran
*basuh tangan dengan bersih sebelum memerah
*sediakan bekas yang bersih dan steril
*lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa
*boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex)
*melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks
*tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu
*buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan)
*tekan payudara ke belakang ke arah dada
*perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan
*teruskan memicit sehingga susu keluar
*perah ke dalam bekas yang bersih dan steril
*buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar
*tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut)
*ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu
*tukar ke payudara yang satu lagi
*urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi
*perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir
*setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudara
2-Memerah dengan pam payudara
*baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
*basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
*basuh tangan dengan bersih
*duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
*rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
*posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
*mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
*boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
*pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
*masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
Panduan umum:
1) Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
2) Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3) Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4) Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5) Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6) Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7) Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8) Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

sebuah tips

[Tips] Supaya Payudara Anda Tegang Dan Tidak Kendur

Marilah berkongsi beberapa tips tentang cara menyihatkan payudara anda. Di antara beberapa rahsia dan petua untuk menjaga kesihatan dan kecantikan payudara anda adalah;
1. Lakukan pemeriksaan
Melakukan pemeriksaan payudara sendiri secara rutin. Setiap wanita sebaiknya memeriksa payudaranya sendiri, paling tidak sebulan sekali pada tarikh yang sama, apabila tiada haid. Bagi yang masih mendapat haid, waktu terbaik memeriksa payudara iaitu beberapa hari setelah berakhirnya masa haid, setiap bulan. Ketika itu payudara sudah kembali lembut. Jika terdapat sebarang perubahan, anda disarankan berjumpa doktor.
2. Pembedahan
Elakkan melakukan pembedahan payudara jika sekadar untuk membesarkan ukurannya. Kecantikan wanita bukan sekadar terletak pada aset ini sahaja, tetapi terletak pada ‘hatinya’.
3. Senaman
Lakukan senaman dan perawatan payudara secara sendirian iaitu senam payudara dan yoga. Salah satu cara melatih otot pektoral adalah dengan menekan kedua telapak tangan separas dagu pada dinding (seperti posisi mendorong), arahkan pandangan ke langit, tahan beberapa detik, kemudian lepaskan. Ulangi latihan ini sampai 10 kali.
Latihan ini boleh dilakukan ketika anda berada di bilik mandi. Rasakan tarikan pada otot pektoral ketika anda menggerakkan kepala ke atas. Kegiatan mengankat dan menurunkan bahu, apabila dilakukan berulang-ulang, dapat memperkuatkan otot dada.
Jika senaman yoga menjadi pilihan, mula-mula tenangkan fikiran, mulai dengan dalam posisi yoga. Depakan kedua lengan separas bahu.
Gerakkan dengan lembut lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah. Kembalikan posisi lengan hingga sejajar dengan bahu. Rehat kira-kira 5 saat. Kemudian ganti posisi, lengan kiri ke atas dan lengan kanan ke bawah. Lakukan gerakan tersebut masing-masin 10 kali.
dan bukannya sekadar melekap di situ sahaja. Seelok-eloknya memakai coli yang sesuai mengikut saiz payudara, iaitu sepanjang tempoh kehamilan dan waktu menyusu anak.
4. Penyusuan
Sekiranya menyusukan anak, letakkan posisi bayi dengan betul dan selesa agar ia tidak terlalu menarik payudara. Terdapat masalah dalam tempoh penyusuan, ia termasuk bengkak buah dada. Cara mengatasi masalah itu, perah payudara perlahan-lahan untuk melembutkan terlebih dahulu sebelum menyusu atau tuam air suam untuk melegakan kesakitan.
Kelebihan menyusukan anak dapat menghindarkan dari penyakit barah payudara, barah ovari dan membantu mengecutkan rahim kembali kepada asal (selepas bersalin).
5. Ramasan
Elakkan pasangan anda membuat ramasan payudara (sewaktu melakukan hubungan seksual) dengan menolak ke kanan atau ke kiri terlalu kuat. Ini adalah kerana perlakuan sebegini kerap boleh membuatkan payudara anda kendur lebih cepat.

sebuah fakta

Fakta Menarik Tentang Payudara Perempuan

Payudara tiruan yang terbesar bersaiz 38KKK
Pada awal 2009, Sheyla Hershey dari Brazil dianugerahkan Guinness World Record untuk memiliki set payudara terbesar. Sembilan operasi dan lebih daripada satu galon silicon digunakan untuk menjadikan payudaranya bersaiz 38KKK.
Payudara kiri biasanya lebih besar
Tidak ada payudara yang mempunyai saiz yang sama, dan biasanya payudara kiri lebih besar dari kanan. Namun, perbezaannya tidaklah terlalu ketara dan menonjol. Puting juga datang dalam pelbagai saiz dan mempunyai ‘point’ yang berbeza.
Payudara adalah perkara pertama lelaki lihat pada perempuan.
Kajian yang dilakukan di Victoria University of Wellington menunjukkan bahawa payudara sering menjadi perkara pertama dilihat oleh seorang lelaki normal, dan merupakan anggota badan perempuan yang dilihat paling lama oleh lelaki. Tapi tahukah anda, kajian lain juga ada menyebut bahawa menatap payudara wanita selama beberapa minit sehari boleh meningkatkan kesihatan seorang lelaki dan menambah empat hingga lima tahun umurnya.Sila lihat ‘the law of attraction’ untuk bukti
England adalah negara dengan payudara terbesar di Eropah
Sebuah survey yang dibuat oleh pembuat bra Triumph mendapati bahawa perempuan England memiliki payudara terbesar di Eropah. Lebih dari setengah perempuan di Negara itu yang memakai cawan saiz D. Denmark menduduki tangga kedua dan Belanda ketiga. Selain itu, wanita Itali memiliki payudara terkecil di mana 68 peratus mempunyai saiz B.
Payudara rata-rata beratnya 1 pound.
Payudara rata-rata beratnya sekitar 0,5 kilogram (1.1 pound). Setiap payudara menyumbang sekitar 4-5% dari lemak tubuh dan dengan 1% dari jumlah berat tubuh seorang wanita.
Payudara menjadi gemuk
Ketika usia anda 20 tahun, payudara anda terdiri dari lemak, kelenjar susu dan kolagen, ‘connective tisu’ yang membuat ianya lembut. Tetapi apabila anda semakin tua, kelenjar dan kolagen menyusut dan digantikan oleh lebih dan lebih banyak lemak.
Payudara Mampu Menarik Perhatian
Percaya atau tidak, sudah menjadi lumrah alam payudara WANITA mampu menarik perhatian semua benda hidup yang bergender jantan.

Senin, 23 April 2012

mempercepat shutdown windows 7

Tips Mempercepat Proses Shutdown Windows 7

 Tips kali ini adalah cara mempercepat proses shutdown Windows 7. Dimana kadang-kadang proses shutdown Windows 7 agak terhambat karena adanya sebuah process yang tidak merespon dan tidak bisa berhenti. Sedangkan waktu tunggu agar sebuah process terhenti pada Windows 7 secara default yaitu 12000 milidetik (12 detik). Untuk mempercepat proses shutdown, Anda bisa mengurangi waktu tunggu tersebut melalui Registry windows.
Untuk mengurangi waktu tunggu agar sebuah proses terhenti, seperti yang saya katakan diatas Anda dapat melakukan sedikit perubahan pada Registry windows. Dengan mengurangi waktu tunggu ini maka proses shutdown dapat dipercepat beberapa detik lagi. Berikut langkah-langkahnya:
  1. Klik Start » Run, ketik regedit dan tekan Enter untuk membuka Registry Editor.
  2. Pada jendela Registry Editor, buka keyHKEY_LOCAL_MACHINE\System\CurrentControlSet\Control.
  3. Di sisi jendela sebelah kanan, klik dua kali (double click) valueWaitToKillServiceTimeout untuk mengubah nilainya.
  4. Registry CurrentControlSet Control
    Klik gambar untuk memperbesar
  5. Selanjutnya, di jendela Edit Value, ubah nilai menjadi 2000 (2 detik). Jadi waktu tunggu yang dibutuhkan sebelum sebuah proses yang tidak merespon dihentikan adalah 2 detik.
  6. Edit String
  7. Terakhir tutup Registry Editor.
Sekian tips mempercepat proses shutdown Windows 7. Tips ini akan mempersingkat proses shutdown Windows 7 Anda sekitar 10 detik.selamat mencoba